Alkisah sebuah lawak spastik..
Tengah2 baca paper pasal jerebu, tiba tiba terbaca pulak berita nih. First paragraph dia tuh seriously catchy and lawak gila. Hahahahahaha. Aku rasa macam aku baca kisah pengembaraan seorang pelarian aje.
------------------------------------------------------------------------------------
Rafidah berjaya elak serbuan wartawan
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Datuk Seri Rafidah Aziz yang baru seminggu menjalani rawatan susulan pembedahan lutut sanggup menaiki tangga ke tingkat satu sebelum menaiki lif ke pejabatnya, bagi mengelak bertemu dengan wartawan yang menunggunya, hari ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang tiba di pejabatnya pada pukul 2.30 petang selepas menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, berjaya mengelirukan wartawan yang menunggunya sejak pukul 11 pagi lagi.Wartawan yang menyedari Rafidah tiba di pekarangan bangunan pejabatnya pada pukul 2.30 petang, berkumpul di hadapan lif utama untuk menemuinya. Tetapi Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu begitu licik dan berjaya melarikan diri dengan memasuki bangunan itu melalui pintu sebelah kiri sebelum menaiki tangga sambil dipimpin oleh pembantunya ke tingkat satu. Selepas itu, beliau menaiki lif di tingkat berkenaan untuk ke pejabatnya di tingkat 15 bagi mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya. Bagaimanapun wartawan tidak dibenarkan mengikut beliau ke pejabatnya sebaliknya hanya diberikan kebenaran berada di lobi bangunan kementerian itu. Walaupun mesyuarat itu tamat pada pukul 4.30 petang namun kelibat Rafidah tidak muncul-muncul selepas itu. Beliau ditunggu-tunggu oleh wartawan untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai isu permit import (AP) kereta dia dikatakan telah memberi penjelasan kepada Kabinet mengenai perkara itu. Wartawan yang tidak berputus asa terus menunggu Rafidah sehinggalah beliau muncul di lobi pada pukul 6.45 petang. Beliau yang memakai baju kurung merah berbunga-bunga menyangka wartawan sudah `boring' menunggunya, berubah wajah apabila sekumpulan wartawan `degil' menyerbunya sebaik beliau keluar dari lif. ``Saya tak nak kata apa-apa, Perdana Menteri akan keluarkan kenyataan,'' katanya. Rafidah minggu lepas diminta agar memberi penjelasan kepada Kabinet berhubung isu pemberian AP selepas perkara berkenaan ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dr. Mahathir pada 6 Ogos lalu menegaskan, Rafidah telah membuat kenyataan tidak benar berhubung isu AP.
*Courtesy of UTUSAN MALAYSIA.

Nih aku rasa ayat2 yang paling best la dalam berita tuh:
..baru seminggu menjalani rawatan susulan pembedahan lutut sanggup menaiki tangga ke tingkat satu sebelum menaiki lif ke pejabatnya..
..berjaya mengelirukan wartawan yang menunggunya sejak pukul 11 pagi lagi..
..Tetapi Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu begitu licik dan berjaya melarikan diri dengan memasuki bangunan itu melalui pintu sebelah kiri sebelum menaiki tangga sambil dipimpin oleh pembantunya ke tingkat satu..
Yang ni paling best, wartawan yang sudah 'boring' tuh. Tak hengat punya ayat. Hahahaha!
..Beliau yang memakai baju kurung merah berbunga-bunga menyangka wartawan sudah `boring' menunggunya, berubah wajah apabila sekumpulan wartawan `degil' menyerbunya sebaik beliau keluar dari lif...
Pandai betul wartawan nowadays karang berita. Nih tak masuk Karam Singh Walia lagi nih. Kalau dia yang bat, sure keluar simpulan bahasa dari mana ntah dia ambik. Lawak lawak!Hahahahaha!